Lebah, Semut dan Lebah-Lebah
semut dengan perpaduan,lebah dengan manfaat dan labah-labah dengan sarang reput yang dijadikan kiasan dalam al quran terhadap orang kafir.
Kita akan berasa terpegun dan takjub apabila melihat sarang semut di atas pokok yang dibuat daripada daun. Bagaimana makhluk sekecil semut boleh membuat mahligai yang besar dan kukuh.Bagaimana semut boleh membina sarang didalam tanah yang lengkap dengan lorong dan bilik yang bertingkat-tingkat serta sebahagian bilik dipenuhi bekalan makanan untuk musin sejuk.
Haiwan ini memiliki kekuatan luar biasa untuk merealisasikan tekad meraih apa yang yang diimpikan. Semut tidak pernah bosan dan putus asa.semut akan berulang ulang dan terus menerus hingga berjaya.
Semut merangkak di sebuah pokok lalu terjatuh dan kemudian bangun lagi dengan tekad lagi cekal dan tabah tanpa memikirkan bosan, penat dan putus asa.Haiwan ini akan terus berusaha hingga apa yang diimpikan berjaya dikecapi.
Jika jalan dilalui semut terhalang, semut akan berusaha lebih gigih melalui dari arah kanan dan kiri.Jika tetap berdepan dengan masalah semut akan berhenti seketika dan kembali dengan kuasa dan tenaga yang jauh lebih kuat.
Mungkin semut akan menjauhi jalan pertama yang sulit kerana adanya pelbagai rintangan,namun tetap kembali berjalan menuju arah yang sama dengan mencari jalan yang lain
hingga sampai ke matlamat akhirnya.
Jika seekor semut menemui makanan yang tidak mampu dibawa sendiri,haiwan ini akan meminta bantuan yang lain untuk membawa makanan dan makan bersama sama.Semut akan bertegur sapa walaupun tidak kenal satu sama lain.
Perpaduan, kekuataan dan kegigihan haiwan sekecil itu membuktikan tiada apa yang mustahil didunia ini. walaupun makhluk ini kecil tetapi haiwan ini mampu membina mahligai yang kukuh kuat dan besar.